suka amek gambar :)

Orang Suka Gentel Gentel Afro

Thursday, September 29, 2011

Latest Photo's Collection

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa .
Hai Hai Hai .
dah lama jugak tak buat entry kan ?
hah , meh harini ada entry bergambar sikit untuk anda semua .
nk share gambar gambar terbaru Nadz dgn semuaa :)








haaa , amacam ? ok tak ? heheh :)

terima kasih yer sudi singgah !!








with love ; nadzli.azlan







Thursday, September 22, 2011

One Step Closer !

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian .
Apa khabar anda ?
hehe :)
Errrr , harini , Nadz nk share something dgn kalian kalian semua .
rasanya kalau kalian ada baca kt entry sebelum ni , Nadz ada share gambar sunset yg baru baru ni nadz p ambek kan .
Haaa , untuk entry harini , Nadz nk coretkan sedikit mengenai satu gambar yg ada dlm entry tuh .
actually , lepas/sebelum Nadz share kt entry Sunset Lagi tu , Nadz ada share kt satu web international photography nih , Myshutterspace nama web tu .
Masa dah share gambar tu kt web ni menggunakan akaun Nadz , agak lama jugak nadz tak bukak web nih .
sebab bz sikit buat menda lain .
but then kmarin , tergerak hati nak bukak so elok lepas Nadz online , terus laa Nadz bukak .
lepas bukak tu plak Nadz klik utk ruangan All Photos yakni ruangan gambar gambar keseluruhan dari photog-photog yg ada akaun MSS(Myshutterspace) .
so disitu , Nadz terjumpa sesuatu yg agak mengejutkan urat saraf dan pendek kata sedikit tidak boleh diterima akal !!
T.T



nak tau pasepa ? 
sat nangeh dulu !!
~ HUAAAAAAAAAA ~


okeh sambung !!
TAK , ACTUALLY ~
gambar Nadz bertajuk One Step Closer telah dipilih utk Picture Of The Day 21st September 2011 .
untuk kali pertama berjaya ke POTD , terharunya !!
mcm mimpi le pulok !!



apa yg Nadz dapat gambarkan hanya satu , seriously , Nadz rasa semangat sgt sgt , rasa happy !
sebab nadz dah achieve something yg dulu hanya angan angan , walaupun dapat POTD tu tak dapat hadiah or duit or apa apa , tp bagi Nadz , itu adalah titik permulaan utk sesuatu yg lebih baik di kemudian hari (wekk , nk termuntah pulak bila baca ulang ulang ayat nih)

~ HAHAHAHA ~

ok ok back to the story .
hmmmm , kalau sudi , jemputlah tengok yer .
ini LINKnya .
kalian boleh lihat gambar pertama pada page tu yg dibawahnya tertera Nadzli Azlan .




btw , terima kasih yg tidak terhingga pada kalian kalian yg sudi singgah utk entry Nadz kali ni , jemputlah gentel afro kt bawah tu yer , insyaAllah Nadz akan singgah blog kalian pada masa akan datang :)
assalamualaikum dan salam sejahtera .




with love ; nadzli.azlan

Wednesday, September 21, 2011

#5 : Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa .







with love ; nadzli.azlan

Sunday, September 18, 2011

Sunset Lagii !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! :)
Apa kabar ? hehe , okayy harini nadz nk share gambar sunset semalam .
dah lama jugak nadz tak dapat capture sunset disebabkan jerebews yg semakin teruk kt Penang nih .
haishh , tp semalam , sunset mmg awesome + gojess + ohsemm + wonderful + amazing + supreme + fantastic + segala gala yg lawa tu lahh . hahaha , tak caya kalo meh tengok sini view sunset smalam .
hahhh , gambar yg first nih gambar Panorama , gambar ni adalah hasil cantuman 8 gambar Vertical yg berbeza , Nadz guna CS5 ja nk stitch :)


Gambar Panorama ni Nadz rekemenkan supaya view bg besaQ ! InsyaAllah lebih cntik :)


Ni gambar no dua , time ni matahari dah mula terbenam . Kalau takdak awan kt situ , boleh laa dapat gambar matahari betul betul kt permukaan laut tu . Takpa lain kali kalau ada lagi Nadz share yer :)


Ni gambar ketiga , time ni dah taktau nk amek apa buat subjek so nadz try buat tapak kaki kt pasir tu , haha ,  and gambar ni Nadz bg tajuk One Step Closer :)


Dan ini yg last yg nadz sempat edit . Yang lain takdak mood lg nk edit ! hahahha :D



okayy , sekian saja untuk entry kali ni !
Terima kasih sebab sudi singgah yer !





with love ; nadzli.azlan

Thursday, September 15, 2011

Tips Landscape Photography from belajarkamera.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian… Korang semua apa khabar ? baik ? harus baik kann… 

Ok untuk entry kali ini saya akan bercerita berkenaan landscape photography. Satu cabang fotografi yang saya cukup gemari. Cuma kekangan masa tidak membenarkan saya untuk lebih banyak berjalan untuk meng-explore tempat-tempat yang cantik di bumi Malaysia ini…Seperti sebelum ini pernah saya sharekan berkenaan Tips-Tips untuk mengambil gambar bunga di SINI, kali ini tips ini ialah berkenaan bagaimana untuk mengambil gambar landskap dengan betul dan cantik… InsyaAllah…

 f22 , 15 sec , ISO 100 , On tripod 


Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu ialah setting kamera yang betul untuk gambar landskap. Untuk gambar landskap, adalah penting untuk korang dapat merakam seberapa banyak detail yang ada, tak kira dalam bentuk detail pada gambar atau detail pada exposure. Untuk memaksimumkan detail yang dirakam pada gambar, adalah penting untuk korang memgunakan bukaan aperture yang KECIL. Yup, kecil seperti f8 dan ke atas. Ini kerana, apabila menggunakan aperture yang kecil, kawasan yang akan berada di dalam fokus adalah lebih banyak. Atau lebih tepat lagi lebih luas DEPTH OF FIELD. Selain daripada setting untuk exposure, antara setting yang korang perlukan ialah MIRROR LOCK UP. Mirror Lock Up ini haruslah di ENABLE. Apa itu Mirror Lock Up ?.  Ianya ialah satu setting untuk mengurangkan gegaran dalam didalam kamera yang terhasil apabila cermin didalam kamera korang naik ke atas untuk membenarkan cahaya masuk mengenai sensor kamera korang. (try buka lensa korang dan korang akan nampak itu cermin lah… ). Apabila setting ini di ENABLE. Sejurus korang menekan shutter, viewfinder korang akan gelap, ini kerana cermin itu telah naik ke atas terlebih dahulu sebelum shutter korang terbuka untuk mendapatkan exposure .Kemudian, adalah baik untuk menggunakan mode self timer atau lebih baik korang gunakan remote control untuk mendapatkan exposure kerana ini dapat mengurangkan gegaran yang terhasil apabila korang meletakkan tangan pada kamera korang. Owhh… tak lupa juga, gunakan ISO yang paling rendah seperti 100 atau 50* (*sekiranya ada)Keduanya, peralatan. Selain dari kamera korang yang mahal dan canggih tu, peralatan yang boleh dikatakan wajib, harus, perlu, ada ialah TRIPOD. Kenapa? sekiranya korang faham berkenaan EXPOSURE, apabila bukaan aperture mengecil seperti yang yang cadangkan diatas, shutter speed korang akan menjadi perlahan, terutama sekali apabila suasana yang gelap seperti waktu malam atau senja. Jadi untuk mengelakkkan gambar korang bergegar bak terkena gempa macam di Jepun tempoh hari tripod ialah kawan baik korang sekiranya ingin menceburi landskap fotografi secara serius. Sekarang korang dah boleh untuk mengambil gambar landskap. Tapi bagaimana patut korang compose atau apakah teknik composition yang patut korang ikut ? Kini kita akan masuk kebahagian yang sedikit mencabar, iaitu bagaimana nak tukar gambar landskap yang membosankan kepada yang lebih menarik… Kebanyakan mereka yang baru berjinak dengan fotografi landskap, korang akan mempunyai kecenderungan untuk membahagikan frame korang kepada 2. Dan mereka juga mempunyai kecenderungan mengambil gambar ketika tiada pengcahayaan yang dramatik. Sebagai contoh gambar dibawah. Tiada yang salah dengan gambar dibawah cuma ianya akan menjadi sedikit membosankan lah… Langit  biru yang tidak menarik sebegini akan menyebabkan penonton merasakan tiada yang menarik dengan gambar ini. Inilah yang saya maksudkan dengan membahagikan frame kepada 2. Tapi bagaimana sekiranya korang meletakkan sedikit “interest” pada gambar korang seperti gambar dibawah. Untuk gambar ini, saya telah membahagikan frame kepada 3 bahagian. Dengan meletakkan “subject of interest” pada bahagian hadapan frame atau foreground ini akan membantu mereka yang melihat gambar ini lebih menghargai gambar ini kerana beberapa elemen yang telah dimasukkan kedalam gambar. Composition pada gambar ini adalah hampir sama dengan gambar yang pertama diatas. . Dan perhatikan bagaimana pengcahayaan yang lebih menarik dapat menaikkan mood pada gambar tersebut. Untuk gambar yang ketiga ini, saya mengambil bacaan exposure pada batu di foreground dan kemudiannya saya menggunakan graduated ND filter untuk mengelakkan langit daripada menjadi terlampau cerah. Korang boleh baca berkenaan filter di SINI Tidak lupa juga, antara perkara yang perlu korang ambil perhatian ketika mengambil gambar landskap ialah garisan lurus yang melintang pada frame korang iaitu garisan pembahagi antara darat dan bumi. Adalah sebaiknya ialah tidak senget benget. Ini akan membuatkan bumi kelihatan senget.  Okehhh… Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini… Diharap entry ini dapat membantu korang dalam mengambil gambar landskap yang lebih berkualiti… 


entry ini telah dicopy paste daripada belajarkamera.com .
untuk maklumat lebih lanjut boleh layari web berkenaan yer .






anyway , terima kasih sebab sudi singgah .









assalamualaikum dan salam sejahtera .








with love ; nadzli.azlan

Wednesday, September 14, 2011

#4 : Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .


siapakah saya ??
errrrrrrrrrrrrrrrr ~~






with love ; nadzli.azlan

Sunday, September 11, 2011

Macro Shot

Assalamualaikum semuaa ! 
HAAA , nadz share gambar macro plak ! meh kelebek meh ! hehe .
kalau ada pandangan apa apa utk gambar gambar kt bawah ni boleh komen yer .
gambar yg first ni Nadz guna lens terbalik , dan yg lain lain tu , Nadz guna Raynox DCR 250 , antara gadget terbaru Nadz :)







cemana ok tak ?
hehe , ok lah , terima kasih sebab sudi singgah tau ! :)
assalamualaikum !





with love ; nadzli.azlan

High Dynamic Range Imaging

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 
huwaaaaaaaaa , lamanya tak buat entry .
rindu lah pulak , hehehe , takdak idea nk buat entry apa .
so , harini jom share gambar .
meh laa tengok gambar nadz yg tak seberapa ni .
mohon komen yer kalau ada penambahbaikan .
hehehe . 








terima kasih sebab sudi singgah , sila tinggalkan link terbaru anda utk Nadz serbu pulak nnt :p
hee ~




with love ; nadzli.azlan