suka amek gambar :)

Orang Suka Gentel Gentel Afro

Tuesday, June 26, 2012

Tips : Editing Gambar Mengikut Cara Saya .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca sekalian .
Harini Nadz nak share tips sikit . 
Tips ini untuk editing gambar berformat RAW dan cara cara yg Nadz selalu guna untuk FINALIZE gambar tersebut .
Okay harini Nadz akan buat utk sekeping gambar Seascape yg baru baru ni Nadz rakamkan .

Ini gambarnya .
SOOC ataupun Straight Out Of Camera .


Baik , kita mulakan dgn first step semasa di Camera Raw .



Ini adalah apa yg Nadz buat pada Camera Raw tersebut . Anda boleh lihat disebelah kanan gambar .
Apa yang Nadz adjust kt situ adalah Exposure , Recovery , Contrast , Clarity dan juga Saturation .
Dan juga harus diingatkan bahawa setiap apa yg Nadz adjust disini tidak semestinya anda harus adjust pada gambar anda , apa yang harus dibaiki pada gambar anda mungkin berlainan pada gambar Nadz .

Selepas selesai pada Camera Raw , klik pada Open Image dibawah (Kotak Biru) .
P/S : Pada gambar ni Open Image dah bertukar jadi Open Copy disebabkan PrintScreen . HARAP MAAF .


Lepas gambar dah keluar pada ruangan APCS tersebut , Nadz terus ke ruangan Image > Adjustments > Shadows/Highlights . (seperti yg tertera pada gambar dibawah)
Kalau anda belum pernah membuka ruangan ini , apa yg akan ada hanyalah Tab Shadows dan Tab Highlights dengan sedikit ruang utk anda baiki tapi sekiranya anda klik pada bahagian SHOW MORE OPTIONS , inilah yg akan terjadi dan ruang untuk anda baiki adalah lebih Advance .




Ini adjustmenst Shadows/Highlights yg akan Nadz apply pada gambar kali ini .

Dan selepas selesai klik OK .

Satu lagi adjustments yang akan Nadz apply adalah menggunakan Plug-in Color Efex Pro 3 .
Kali ni Nadz nak apply effect Graduated Neutral Density(GND) sbb masa shot gambar ni Nadz tak guna sebarang filter . Effect ni pula mendatangkan kesan seakan akan Nadz menggunakan Filter GND tersebut .
(Lihat pada gambar dibawah)


Anda boleh menggunakan effect ini dgn kreativiti anda yg tersendiri asalkan tak pelik pada gambar . Apa yg Nadz tambah kt sini hanya sedikit dan ianya tertera pada gambar tersebut di ruangan sebelah kanan gambar iaitu Upper Tonality , Lower Tonality , Vertical Shift , Rotation dan Blend .

Sesudah selesai effect ini anda ada dua pilihan sama ada anda ingin terus Klik OK ataupun hanya menggunakan BRUSH . Apabila anda menggunakan Brush , anda boleh hilangkan effect tadi pada bahagian yg anda tidak inginkannya .
Nadz pilih untuk terus Klik pada OK .

Dan sesudah selesai effect tersebut Nadz terus berganjak pada ruangan Image > Image Size . Nadz akan tukarkan DPI kepada 300 . 

Kemudian Nadz masukkan Watermark .
Dan inilah gambar terakhir yg terhasil .
Maaf jika hasil editing tidak sama dari yg dijalankan dlm tips sbb Nadz guna gambar sebelum Tips ini dikeluarkan . Ada beberapa adjustments yg Nadz terlupa dan rasanya Hue/Saturation ja kot . Hihihi ^^



Ribuan TerimaKasih Nadz ucapkan pada semua yg sudi melawat blog usang ini .
InsyaAllah Nadz akan muncul utk tips tips yg lebih baik . Komen dan kritikan dari anda sangat sangat diharapkan utk penambahbaikan dimasa akan datang . Kalau ada sebarang pertanyaan boleh cari Nadz kat Facebook ataupun terus ke bahagian komen di blog ini .

with love : nadzli.azlan