suka amek gambar :)

Orang Suka Gentel Gentel Afro

Showing posts with label #photos. Show all posts
Showing posts with label #photos. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Tips : Editing gambar berformat RAW .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua .
Terasa sangat sangat lama tidak berblog .
Maaf kerana telah lama tidak berblog , sedikit sibuk dgn web web lain .
hehehe .
Anyway , kat post ni Nadz nak share sikit cara cara untuk editing gambar berformat RAW yang dihasilkan oleh camera DSLR .
Cara ni bukan WAJIB diikuti , cuma Nadz ingin berkongsi cara yg selalunya Nadz guna .

Okayy , selalunya kalau first skali masukkan gambar atau Drag RAW file kedalam Adobe Photoshop , akan keluar Camera Raw punya kotak seperti yg tertera didalam gambar . 






Apa yg specialnya gambar berformat RAW ini adalah disebabkan kebolehannya membaiki serba sedikit dari gambar yg telah kita ambil dari segi exposurenya dan juga beberapa elemen lain .
Kembali pada cara cara yg selalunya Nadz apply keatas gambar RAW yg Nadz ambil .
Firstly yg paling penting untuk kita baiki adalah pada ruangan Recovery , selalunya Nadz akan naikkan Recovery pada jumlah paling tinggi iaitu 100 .
Yang kedua , pada Exposure , sekiranya gambar yang telah diambil mempunyai Exposure yg tidak mencukupi pada mata anda , tambahkan sedikit keatasnya .
Kemudian , Contrast dan Clarity .
Untuk gambar yg Nadz tunjukkan disini , Nadz telah apply Contrast dan sedikit Clarity keatasnya .
Dan jika anda lihat pada gambar pertama tersebut , Nadz mainkan sedikit Cropping pada gambar Nadz untuk mendekatkan sikit subjek didalam Framing Nadz .
Dan INGAT , ini adalah cara cara yg Nadz guna , anda tidak seharusnya mengikuti cara ini jika ia mendatangkan keburukan pada gambar anda , buatlah atas dasar CANTIK DI MATA ANDA .
Dah selesai proses diatas , klik Open Image .


Untuk menamatkan sesi editing kali ini , Nadz Apply sedikit sharpen keatas gambar tersebut .
Untuk Sharpening , Nadz menggunakan Smart Sharpen .
Smart Sharpen berada pada ruangan Filter > Sharpen > Smart Sharpen .
dan ini yang Nadz guna untuk gambar Bulan ni .


Dah siap Sharpen , Klik OK .
Dan dah settle , ini hasilnya .


Diharapkan Tips kali ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu untuk anda .
Nadz sekadar berkongsi .
Dan juga dipersilakan untuk anda komen Entry ini andai kata anda rasa ada diantara apa yg ditaip disini salah .
Terimakasih juga kerana sudi membaca Entry ini .
Moga berjumpa di Entry akan datang . 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .



: with love : 
nadzli.azlan




- 500px -





Wednesday, October 19, 2011

Tips Menggunakan Bracketing & Photomatix Pro

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! :)
haihhh , lama gila tidak berkongsi cerita , berkongsi gambar , dan berkongsi ilmu dengan kalian para pembaca setia saya (kononnya ada).
hehehe .
okay okay , harini , Nadz nk share tips guna BKT ataupun Bracketing pada camera DSLR anda dan juga cara cara menggunakan Photomatix Pro dengan gambar BKT tersebut .
Makluman kepada yg membaca , TIPS ini adalah cara penggunaan Nadz sendiri ya . tidak diwajibkan <-- (*) untuk ikut setiap apa yg Nadz buat , cuma ada certain part ja yg wajib :)



~ PENTING ~
set pada ISO paling rendah hingga ISO 400 SAHAJA (kerana ISO yg tinggi akan membuatkan gambar HDR yg dihasilkan mempunyai noise yg banyak)
dan pastikan cahaya mencukupi pada scene/subjek yg anda ingin rakamkan .
jangan lupa jugak Picture Quality di camera anda , Nadz guna Quality RAW , sebab "pembakaran" yg baik menggunakan Photomatix adalah menggunakan format RAW :)



~ Nadz mulakan bab BKT ~
Yang pertama sekali , untuk pengguna NIKON , sila cari simbol BKT pada DSLR anda .
untuk pengguna CANON & SONY pula , simbolnya adalah AEB ataupun Automatic Exposure Bracketing .
lepas dah jumpa simbol tu , sila tekan dan lihat pada nilainya , contoh : 2.0 , 1.0 , 1.5 .
nilai nilai ini adalah nilai exposure yg akan dikurang/dinaikkan secara AUTOMATIK setelah anda menggunakannya pada setting DSLR anda .
set pada jumlah yg anda mahukan .
Selain itu , boleh jugak kalau nk Manual , maksudnya kt sini , penggunaan exposure manual (diubah sendiri dan tidak memerlukan BKT@AEB) . untuk ini tripod adalah WAJIB .


Kedua , cari Release Mode dan tukar kepada *Continuous* .
anda juga digalakkan untuk menggunakan tripod .
Nadz kdg kdg tak guna tripod , dan sebab itulah Nadz guna release mode Continuous .



lepas dah setting AEB@BKT , lihat metering anda , pastikan sebelum release shutter anda , metering berada di tengah tengah (tidak terlalu cerah@gelap). jumlah gambar berlainan exposure yg kita akan dapat lepas dah set BKT@AEB adalah mengikut model DSLR masing masing , ada DSLR yg boleh buat 5 bracketing sekaligus , dan DSLR yg Nadz guna hanya boleh buat 3 bracketing (Nikon D5000) .


untuk cara Manual , senang ja , letakkan DSLR anda pada tripod , cari kompo bersesuaian utk scene/subjek yg anda ingin rakamkan , kemudian mulakan rakam subjek anda , cuba buat gambar anda daripada keadaan OverExposure (terlalu cerah) hinggalah UnderExposure (terlalu gelap) .
kalau guna Manual ni , selalunya akan banyak laa gambar yg kita kena masukkan dlm Photomatix utk dibakar , so akan lambat sikit lah jadinya . takot HENK pulak laptop tu bakar lama lama . hehe . lagi satu , tak ramai yg buat cara ni sebab menghabiskan Shutter ja buat bnyk bnyk gambar :D



Okay lepas dah selesai Bab BKT@AEB , kita masuk ke Photomatix pulak .
disini Nadz tunjukkan tiga gambar yg Nadz ambil menggunakan BKT dengan nilai +/- 2.0 EV (exposure value)

~ gambar yg first ~


~ gambar kedua ~


~ gambar ketiga ~

lepas dah masuk Photomatix , terus ke Load Bracketed Photos , Browse gambar yg anda mahukan .
lepas tu , Preprocessing Options tu ikot yg ni .


lepas dia dah habis bakar untuk kita tiga gambar tu , time untuk ToneMapping pulak gambar ni .
untuk Preset Thumbnails Nadz lebih menggemari Painterly , boleh tgk contoh Adjustments yg Nadz guna .
tp INGAT , tak semua gambar boleh guna Adjustments ni , sebenarnya , Adjustments ni terpulang kepada kita , kita yg set .


lepas dah puas hati dgn Adjustments tu , klik Process . 
SIAP !! 

okayy ini adalah hasil selepas ToneMapping ketiga tiga gambar tadi .


hahhh , boleh tgk kan kt tepi tepi sebelah kanan dan atas gambar ada mcm error sikit ? okay error tu sebenarnya datangnya daripada gambar yg dirakam tidak menggunakan tripod (takkan tengah jalan pn nk letak tripod kan) hehehe .
sebenarnya itu laa masalah kalau tak guna tripod , rugi spacing pada gmbar sebab kena crop .
okay lepas dah settle semua step step kt atas tu , Nadz touch-up sikit gambar ni .
untuk sesi touch-up ni rasanya takyah tunjuk ler kot , atas diri sendiri nk buat mcmana utk tambah KICK pada gambar masing masing .
baik , finally , inilah gambar terakhir yg tidak seberapa dari Nadz .


terima kasih yg tidak terhingga kepada anda anda yg sudi menjenguk .
Nadz harap tips ni dapat membantu untuk kalian sama sama belajar & menghasilkan karya HDR sendiri .
kalau ada diantara apa yg Nadz share kt sini anda tak faham , boleh tinggal di ruangan komen sebarang pertanyaan , kalau nk lagi senang , cari ja Nadzli Azlan kt Facebook then PM .
InsyaAllah kalau Nadz online Nadz akan cuba tolong anda .


moga bertemu di entry akan datang .



Assalamualaikum & Salam Sejahtera !





with love ; nadzli.azlan


Thursday, September 29, 2011

Latest Photo's Collection

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaa .
Hai Hai Hai .
dah lama jugak tak buat entry kan ?
hah , meh harini ada entry bergambar sikit untuk anda semua .
nk share gambar gambar terbaru Nadz dgn semuaa :)








haaa , amacam ? ok tak ? heheh :)

terima kasih yer sudi singgah !!








with love ; nadzli.azlan







Thursday, September 22, 2011

One Step Closer !

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian .
Apa khabar anda ?
hehe :)
Errrr , harini , Nadz nk share something dgn kalian kalian semua .
rasanya kalau kalian ada baca kt entry sebelum ni , Nadz ada share gambar sunset yg baru baru ni nadz p ambek kan .
Haaa , untuk entry harini , Nadz nk coretkan sedikit mengenai satu gambar yg ada dlm entry tuh .
actually , lepas/sebelum Nadz share kt entry Sunset Lagi tu , Nadz ada share kt satu web international photography nih , Myshutterspace nama web tu .
Masa dah share gambar tu kt web ni menggunakan akaun Nadz , agak lama jugak nadz tak bukak web nih .
sebab bz sikit buat menda lain .
but then kmarin , tergerak hati nak bukak so elok lepas Nadz online , terus laa Nadz bukak .
lepas bukak tu plak Nadz klik utk ruangan All Photos yakni ruangan gambar gambar keseluruhan dari photog-photog yg ada akaun MSS(Myshutterspace) .
so disitu , Nadz terjumpa sesuatu yg agak mengejutkan urat saraf dan pendek kata sedikit tidak boleh diterima akal !!
T.T



nak tau pasepa ? 
sat nangeh dulu !!
~ HUAAAAAAAAAA ~


okeh sambung !!
TAK , ACTUALLY ~
gambar Nadz bertajuk One Step Closer telah dipilih utk Picture Of The Day 21st September 2011 .
untuk kali pertama berjaya ke POTD , terharunya !!
mcm mimpi le pulok !!



apa yg Nadz dapat gambarkan hanya satu , seriously , Nadz rasa semangat sgt sgt , rasa happy !
sebab nadz dah achieve something yg dulu hanya angan angan , walaupun dapat POTD tu tak dapat hadiah or duit or apa apa , tp bagi Nadz , itu adalah titik permulaan utk sesuatu yg lebih baik di kemudian hari (wekk , nk termuntah pulak bila baca ulang ulang ayat nih)

~ HAHAHAHA ~

ok ok back to the story .
hmmmm , kalau sudi , jemputlah tengok yer .
ini LINKnya .
kalian boleh lihat gambar pertama pada page tu yg dibawahnya tertera Nadzli Azlan .




btw , terima kasih yg tidak terhingga pada kalian kalian yg sudi singgah utk entry Nadz kali ni , jemputlah gentel afro kt bawah tu yer , insyaAllah Nadz akan singgah blog kalian pada masa akan datang :)
assalamualaikum dan salam sejahtera .




with love ; nadzli.azlan

Sunday, September 18, 2011

Sunset Lagii !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! :)
Apa kabar ? hehe , okayy harini nadz nk share gambar sunset semalam .
dah lama jugak nadz tak dapat capture sunset disebabkan jerebews yg semakin teruk kt Penang nih .
haishh , tp semalam , sunset mmg awesome + gojess + ohsemm + wonderful + amazing + supreme + fantastic + segala gala yg lawa tu lahh . hahaha , tak caya kalo meh tengok sini view sunset smalam .
hahhh , gambar yg first nih gambar Panorama , gambar ni adalah hasil cantuman 8 gambar Vertical yg berbeza , Nadz guna CS5 ja nk stitch :)


Gambar Panorama ni Nadz rekemenkan supaya view bg besaQ ! InsyaAllah lebih cntik :)


Ni gambar no dua , time ni matahari dah mula terbenam . Kalau takdak awan kt situ , boleh laa dapat gambar matahari betul betul kt permukaan laut tu . Takpa lain kali kalau ada lagi Nadz share yer :)


Ni gambar ketiga , time ni dah taktau nk amek apa buat subjek so nadz try buat tapak kaki kt pasir tu , haha ,  and gambar ni Nadz bg tajuk One Step Closer :)


Dan ini yg last yg nadz sempat edit . Yang lain takdak mood lg nk edit ! hahahha :D



okayy , sekian saja untuk entry kali ni !
Terima kasih sebab sudi singgah yer !





with love ; nadzli.azlan

Sunday, September 11, 2011

High Dynamic Range Imaging

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 
huwaaaaaaaaa , lamanya tak buat entry .
rindu lah pulak , hehehe , takdak idea nk buat entry apa .
so , harini jom share gambar .
meh laa tengok gambar nadz yg tak seberapa ni .
mohon komen yer kalau ada penambahbaikan .
hehehe . 








terima kasih sebab sudi singgah , sila tinggalkan link terbaru anda utk Nadz serbu pulak nnt :p
hee ~




with love ; nadzli.azlan