suka amek gambar :)

Orang Suka Gentel Gentel Afro

Wednesday, October 19, 2011

Tips Menggunakan Bracketing & Photomatix Pro

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! :)
haihhh , lama gila tidak berkongsi cerita , berkongsi gambar , dan berkongsi ilmu dengan kalian para pembaca setia saya (kononnya ada).
hehehe .
okay okay , harini , Nadz nk share tips guna BKT ataupun Bracketing pada camera DSLR anda dan juga cara cara menggunakan Photomatix Pro dengan gambar BKT tersebut .
Makluman kepada yg membaca , TIPS ini adalah cara penggunaan Nadz sendiri ya . tidak diwajibkan <-- (*) untuk ikut setiap apa yg Nadz buat , cuma ada certain part ja yg wajib :)



~ PENTING ~
set pada ISO paling rendah hingga ISO 400 SAHAJA (kerana ISO yg tinggi akan membuatkan gambar HDR yg dihasilkan mempunyai noise yg banyak)
dan pastikan cahaya mencukupi pada scene/subjek yg anda ingin rakamkan .
jangan lupa jugak Picture Quality di camera anda , Nadz guna Quality RAW , sebab "pembakaran" yg baik menggunakan Photomatix adalah menggunakan format RAW :)



~ Nadz mulakan bab BKT ~
Yang pertama sekali , untuk pengguna NIKON , sila cari simbol BKT pada DSLR anda .
untuk pengguna CANON & SONY pula , simbolnya adalah AEB ataupun Automatic Exposure Bracketing .
lepas dah jumpa simbol tu , sila tekan dan lihat pada nilainya , contoh : 2.0 , 1.0 , 1.5 .
nilai nilai ini adalah nilai exposure yg akan dikurang/dinaikkan secara AUTOMATIK setelah anda menggunakannya pada setting DSLR anda .
set pada jumlah yg anda mahukan .
Selain itu , boleh jugak kalau nk Manual , maksudnya kt sini , penggunaan exposure manual (diubah sendiri dan tidak memerlukan BKT@AEB) . untuk ini tripod adalah WAJIB .


Kedua , cari Release Mode dan tukar kepada *Continuous* .
anda juga digalakkan untuk menggunakan tripod .
Nadz kdg kdg tak guna tripod , dan sebab itulah Nadz guna release mode Continuous .



lepas dah setting AEB@BKT , lihat metering anda , pastikan sebelum release shutter anda , metering berada di tengah tengah (tidak terlalu cerah@gelap). jumlah gambar berlainan exposure yg kita akan dapat lepas dah set BKT@AEB adalah mengikut model DSLR masing masing , ada DSLR yg boleh buat 5 bracketing sekaligus , dan DSLR yg Nadz guna hanya boleh buat 3 bracketing (Nikon D5000) .


untuk cara Manual , senang ja , letakkan DSLR anda pada tripod , cari kompo bersesuaian utk scene/subjek yg anda ingin rakamkan , kemudian mulakan rakam subjek anda , cuba buat gambar anda daripada keadaan OverExposure (terlalu cerah) hinggalah UnderExposure (terlalu gelap) .
kalau guna Manual ni , selalunya akan banyak laa gambar yg kita kena masukkan dlm Photomatix utk dibakar , so akan lambat sikit lah jadinya . takot HENK pulak laptop tu bakar lama lama . hehe . lagi satu , tak ramai yg buat cara ni sebab menghabiskan Shutter ja buat bnyk bnyk gambar :D



Okay lepas dah selesai Bab BKT@AEB , kita masuk ke Photomatix pulak .
disini Nadz tunjukkan tiga gambar yg Nadz ambil menggunakan BKT dengan nilai +/- 2.0 EV (exposure value)

~ gambar yg first ~


~ gambar kedua ~


~ gambar ketiga ~

lepas dah masuk Photomatix , terus ke Load Bracketed Photos , Browse gambar yg anda mahukan .
lepas tu , Preprocessing Options tu ikot yg ni .


lepas dia dah habis bakar untuk kita tiga gambar tu , time untuk ToneMapping pulak gambar ni .
untuk Preset Thumbnails Nadz lebih menggemari Painterly , boleh tgk contoh Adjustments yg Nadz guna .
tp INGAT , tak semua gambar boleh guna Adjustments ni , sebenarnya , Adjustments ni terpulang kepada kita , kita yg set .


lepas dah puas hati dgn Adjustments tu , klik Process . 
SIAP !! 

okayy ini adalah hasil selepas ToneMapping ketiga tiga gambar tadi .


hahhh , boleh tgk kan kt tepi tepi sebelah kanan dan atas gambar ada mcm error sikit ? okay error tu sebenarnya datangnya daripada gambar yg dirakam tidak menggunakan tripod (takkan tengah jalan pn nk letak tripod kan) hehehe .
sebenarnya itu laa masalah kalau tak guna tripod , rugi spacing pada gmbar sebab kena crop .
okay lepas dah settle semua step step kt atas tu , Nadz touch-up sikit gambar ni .
untuk sesi touch-up ni rasanya takyah tunjuk ler kot , atas diri sendiri nk buat mcmana utk tambah KICK pada gambar masing masing .
baik , finally , inilah gambar terakhir yg tidak seberapa dari Nadz .


terima kasih yg tidak terhingga kepada anda anda yg sudi menjenguk .
Nadz harap tips ni dapat membantu untuk kalian sama sama belajar & menghasilkan karya HDR sendiri .
kalau ada diantara apa yg Nadz share kt sini anda tak faham , boleh tinggal di ruangan komen sebarang pertanyaan , kalau nk lagi senang , cari ja Nadzli Azlan kt Facebook then PM .
InsyaAllah kalau Nadz online Nadz akan cuba tolong anda .


moga bertemu di entry akan datang .



Assalamualaikum & Salam Sejahtera !





with love ; nadzli.azlan


4 1003 orang gentel-gentel Rambut Afro:

Kira Sakura said... [Reply to comment]

adik nie buat akak tertarik menarik2 nk beli DSLR jerrrrr... hukhukhuk

Pok Rie said... [Reply to comment]

terbaik dari adik nadzli :)

fRaMe+LenSeS said... [Reply to comment]

yang ni terbaekk dik. syees..

Unknown said... [Reply to comment]

memang cantik lah gambarnye .. :)
trime kasih sbb share