suka amek gambar :)

Orang Suka Gentel Gentel Afro

Wednesday, April 6, 2011

Tips ; Bab 2 ( Bokeh ) !

Haaa , assalamualaikum !
pasti tertanya tanya kan menda apa lah tajuk entry mamat neh .
hahaha , bokeh itu sebenarnya nama yg diberikan kepada kesan "blur" yg ada pada sesuatu gambar . oke , untuk hari nie , nk bg tutor sikit nk buat bokeh bagi photog2 kt luar sana yg baru berjinak2 dlm seni fotografi . tips yg mungkin berguna untuk anda .

walaupun aku juga masih lg layak bergelar seorang newbie , tp bg diri aku sendiri , kadang kadang kretif jugak aku nih ! hehe :D

oke oke , berbalik kepada bokeh . baru baru ni masa hari sabtu time aku tak keja , terasa tersangat sangat bosan . 
so disebabkan takdak apa nk buat , aku saja la kuaq malam tuh lepas hujan berenti .

lepak lepak depan umah dgn DSLR kesayanganku .
then punya dok snap snap snap gmbaq . aku TER-perasan yg pantulan cahaya dari lampu jalan tuh seakan akan menarik bila aku tengok dari tar jalan yg basah dek hujan yg baru lepas berhenti . 
so aku pn saja saja laa amek gmbaq kt tar tuh , aku guna ISO pling tinggi that is 3200 .

then tetiba plak sedaq ada becak kt depan umah tuh . bila aku p dekat sikit aku nmpk pantulan cahaya lampu tu nmpak seakan akan bulan bila tgk kt dalam becak tuh . 
haaaa , tunggu apa lagi , snap banyak2 laa . hahahaha .

disebabkan aku menggunakan Manual Focus , bokeh yg kelihatan dlm gmbaq tuh kelihatan mcm kristal pn ada , mcm api pn ada . haha . pastuh dlm banyak2 gmbaq yg aku tangkap .

ini gambar terbaik yang juga diberikan penghargaan oleh Admin Group DSLR (M) 1 Hari 1 Foto kt fb tu untuk masuk Wall Of Fame Blog DSLR (M) 1H 1F bagi tarikh 22 Mac 2011 .


setting yg aku guna untuk gmbaq nih ;
Focal Length ; 55mm
ISO ; 3200
F-stop ; f/5.6
Exposure Time ; 1/20sec
Picture Control ; Standard
White Balance ; Auto

juga sedikit touch up dah mix warna bg menarik sikit di Picnik .

sila beri komen jika ada .
:)



with love ; nadzli.azlan

PERTANDINGAN FOTOGRAFI WAJAH-WAJAH 1MALAYSIA PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI !

Tajuk yg agak panjang berjela ! tp takpa lah baca suda . hahha . 
Haaa , harini cuma nk share ngn suma about pertandingan yg baru baru ni dianjurkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) .

pertandingan ini terbuka untuk semua pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia !
okee , untuk yg berminat , sila buka page INI .
ada borang skali kt sini untuk yg nk masuk pertandingan ni .
jangan lupa print borang ni kalo nk masuk oke .
oke now kita tgk plak apa syarat2 pertandingan .

SYARAT PERTANDINGAN:
1.            Pertandingan adalah TERBUKA kepada semua pelajar Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh      Malaysia.
2.            Penyertaan adalah PERCUMA.
3.            Foto yang diambil mestilah merupakan foto terkini, mempunyai mesej, nilai-nilai dan berunsurkan konsep dan semangat 1Malaysia dan menonjolkan keistimewaan konsep tersebut. Karya foto juga mestilah mengandungi sekurang-kurangnya salah satu daripada lapan (8) nilai 1Malaysia seperti berikut:

1.              Budaya Kecemerlangan
2.              Ketabahan
3.              Rendah Hati
4.              Penerimaan
5.              Kesetiaan
6.              Meritokrasi
7.              Integriti
8.              Pendidikan

9.            Interpretasi para peserta terhadap tema 1Malaysia adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar daripada tema asas. 
10.         Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital atau analog.
11.         Segala kos yang terlibat dalam  menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
12.         Semua foto pertandingan mestilah berukuran Super 8R (8” x 12”).
13.         Karya foto MESTILAH disimpan di dalam CD/DVD dengan menggunakan format jpeg dan DISERAHKAN bersama foto yang telah dicetak kepada pihak penganjur sebagai bukti penyertaan.
14.         Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan dan mendapat pengesahan dari pihak pengurusan universiti masing-masing.
15.         Segala maklumat semasa berkenaan pertandingan boleh didapati  di laman web  www.upnm.edu.my atau pergi ke Facebook dan taip "Wajah 1Malaysia"
16.         Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.
17.         Suntingan atau ubahsuai  minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanupulasi adalah tidak dibenarkan.
18.         Penggunaan ayat-ayat interpretasi untuk menggambarkan tema foto yang diambil adalah dibenarkan. Sebagai contoh, ”1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Penuh Integriti Pencapaian Diutamakan”, Adab Dan Sopan Mutiara Perpaduan”, 1Malaysia Payung Perpaduan Nusa, Hidup Sebumbung Aman Bersusila ” dan sebagainya.
1.            Setiap peserta boleh menghantar sebanyak 1 hingga 10  keping foto dalam setiap penyertaan tetapi hanya satu (1) hadiah sahaja boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut.
2.            Pihak penganjur mempunyai hak miliik ke atas foto pertandingan dan berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta. Foto-foto yang terpilih juga akan dibukukan.


KRITERIA PENGHAKIMAN
1.            Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.
2.            Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan.
3.            Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada ’tema’ dan ’kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah.
4.            Keputusan panel hakim adalah muktamad  dan tiada bantahan akan diterima.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1.            Semua penyertaan berserta borang yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke pejabat urusetia sebelum atau pada 30 JUN 2011.



HADIAH
1.            Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga, dan Lima (5) saguhati.
Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:
  • Johan                                      :Wang Tunai RM 4000.00
  • Naib Johan                              :Wang tunai  RM 3000.00
  • Tempat Ketiga                         :Wang tunai  RM 2000.00
  • Saguhati x 5 Pemenang          :Wang Tunai RM   500.00

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
1.            Keputusan akan diumumkan di laman web pertandingan, dan setiap pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.
2.            Penyampaian hadiah dan pertunjukan slideshow foto-foto penyertaan akan diadakan semasa majlis penyampaian yang akan diberitahu kemudian.

PERTANYAAN LANJUT
1.            Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung dengan urusetia pertandingan di talian: 03-90513018 / 019-6606280

ALAMAT PENYERTAAN
2.            Semua karya foto berserta borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserah atau dikirim kepada alamat seperti di bawah:

URUSETIA
PERTANDINGAN FOTOGRAFI  WAJAH-WAJAH 1MALAYSIA
Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Tingkat 1, Bangunan Canselori,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
(u.p En Rafizul Bin Rozlee)


dah baca ? oke oke , disebabkan aku masih lg student , dengan ini aku menyahut cabaran untuk masuk pertandingan nih . untuk smua2 tu , sila support saya :D
p/s ; thanx to my best friend sbb bgtau ada contest ni !



with love ; nadzli.azlan


Tuesday, April 5, 2011

Penghargaan !

Assalamualaikum .
Sat sat , achoowww ~
Haishh , selsema plak dah .

okay harini ada short entry , nk bg penghargaan kt seseorang yg dah sanggup letak Sidebar kat Blog Dia specially untuk aku @ blog kesayangan aku nih .

kepada Cik Afiqah !! mekaseh bebanyak tao tao tao ! 
huhuhu , terharu nyaa ngn apa yg anda buat .
trima kaseh tau kamo .

lagi satu , untuk that latest entry about me ( i'm photographer's wannabe :) ) , seriously tersangat sangat terharu plus tersedak2 lepas baca entry tuh . mood ; blushing + terharu kuasa infiniti ! 

Skali lg nk ucap thanx kt Cik Afiqah ! ;)

with love ; nadzli.azlan

Monday, April 4, 2011

Tips ; Bab 1 ( Landskap ) !




Haaaa , tgk tajuk entry nih mcm poyo dak ? hahaha . wat dunno ja .

oke entry kali ni dibuat berdasarkan suggestion papa khai kt aku . dia mintak aku buat tutor handling "pistol" untuk dapatkan shot terbaek dgn ber"lapik"kan gmbo2 yg manthopp ! p/s ; gmbo aku manthop ka ? haha .
pasai tuh hampa lahh yg nilai oke ?
hihi .

oke , untuk first skali action yg akan aku buat kalo nk menembak , aku akan check MODE yg aku guna .
(sedikit reference melalui gmbar)

and untuk entry kali ni aku ajarkan cmana aku slalu buat untuk amek gmbar Landskap .

Check "ISO" .
sedikit reference about "ISO" .

Speed of the film = internasional standard untuk sensitifnya film. contoh: ISO 400 lebih sensitif daripada ISO 200, ISO 200 lebih sensitif daripada ISO 100, dan seterusnya.
lebih mudahnya akan saya terangkan lagi,jadi ISO yang kecil angkanya misal 100,hasil gambar akan lebih cerah,tidak grainy dan "bising" (bintik-bintik pada gambar/foto) jadi ISO 100 bisa di gunakan bila dalam keadaan cahaya di sekitar anda memadai untuk masuk kedalam sensor.
sebaliknya bila keadaan gelap anda pasti akan kekurangan cahaya,jadi anda bisa menggunakan ISO 800 keatas,seiring kenaikan ISO akan mempengaruhi foto anda(semakin besar ISO gambar akan jelek/muncul bintik (grainy), hal tersebut bisa anda atasi bila anda menggunakan Speedlite (Flash Internal/built in,atau Flash eksternal ) "
okay untuk ISO , kalau kt Nikon D5000 yg aku guna , boleh tukar kt sini .
tp mcm biasa , setiap camera ada berlainan Jumlah ISO dia . 
mcm Nikon D5000 , ISO yg ada dari 100 <--> 3200 ! (yg Lo1 etc tuh suma camera ada kot rasanya)


Okay , lepas ISO kita singgah plak kt shutter speed .
haa yg nih pn pnting . juga ada sedikit reference .

" Shutter Speed = bukaan berapa lama film menerima cahaya sewaktu diafragma di buka; dalam ukuran 2s, 1/250s ,1/500s, dan seterusnya (s = seconds, detik) ,agar mudah di mengerti; di dalam view finder anda akan tampak tanda "S" kemudian di ikuti angka 1/250s dll,bila anda mengganti speednya,yang dimaksud 1/250 atau yang ber  tanda 1 per, adalah kecepatan terbukanya penutup lensa anda saat menerima cahaya masuk ke sensor,sangat cepat.
Shutter speed 2 (semakin cepat shutter speed, cahaya yang di peroleh film akan semakin sedikit, lebih untuk ke FREEZE MOTION, yakni untuk membekukan gerakan)
tetapi bila tidak ada tambahan 1 per,didepan nominal itu kecepatan normal seperti 1 S,3 S,5 S.dst.
Urutan Shutter Speed dalam perbedaan ukuran satu stop adalah:

1/8 -> 1/15-> 1/30 ->1/60 ->1/125 ->1/250 ->1/500 ->1/1000 (dalam detik) "

then untuk shutter speed plak , cara untuk tukar dia mcm nih .

gerakkan "gear' nih ke kiri untuk naikkan shutter speed dan ke kanan untuk kurangkan shutter speed . faham kan ?

okayy next is aperture , reference ~~

" Aperture @ F-stop = bukaan diafragma lensa biasanya dalam ukuran f/2.8, f/5.6 dan seterusnya , makin kecil angka diafragma maka makin besar bukaan diafragma lensanya(Over exposure,cahaya yang masuk kedalam sensor SLR anda akan banyak sehingga gambar menjadi terang),sebaliknya bila semakin besar angka diafragma maka makin kecil bukaan diafragma lensanya(Unde exposure,cahaya yang masuk kedalam sensor SLR anda sedikit,maka gambar akan menjadi gelap) "

faham dah ? haa untuk tukar aperture pulak mcm nih .




okayy nmpk button + - tu ? haa tekan button tu SAMBIL tolak "gear" yg sama masa kita guna untuk naek/turunkan shutter speed tadi tuh . rasanya faham kot kan ?

hehe then lepas tuh untuk ambik gmbar Landskap mcm biasa , kita tukar dulu kontrol gambar ke LS (Landskap) .

lepas tu , kalau rasa rajin , cuba2 tukar White Balance untuk tgk yg mana yg akan buat gmbar cntik .
tp slalunya WB ni aku gunakan AUTO ~

lepas dah siap setting smua nih , mulakan menembak . 
untuk Focus plak kalau nk shot gmbo Landskap gunakan Auto-Focus pn dah cntik . 

okayy , skarang tgk hasil gmbo Landskap yg baru baru ni ditangkap masa sunset 1 April 2011 .
tempat ; R & R Bagan .

and setting untuk gmbar ini adalah ;

Focal length 32mm
ISO - 200
Exposure Time / shutter speed - 1/50sec
F-stop / aperture - f/7.1
WB - AUTO
Picture Control - LS

dan sedikit touch up di picnik .

inilah hasilnya .

sila komen ;) hahahaha !

apa2 pun mekaseh sbb sudi membaca karangan merepek+merapu+merapan yg dtg bersama sama harapan ini dapat membantu kalian smua dlm fotografi . ;)

with love ; nadzli.azlan


Mari mengenal "Pistolku" !



Assalamualaikum readers , haaa , harini nk post something different kt sini !
nk tunjuk kt smua "Pistol" yg slama ni aku guna untuk "menembak" dan jugak perkakasan tambahan si pistol nih yg tak seberapa ! 
hahaha dengaq mcm pistol betoi kan ? 

tapi sbelum tu nk mintak maap siap siap kalo gmbo a bit tak elok , sbb tangkap guna henfon murah je . ;p

oke inilah pistol saya . Nikon D5000 bersama sama kitlens 18mm - 55mm .


no dua . speedlite Nissin Di622 .



ni pulak adalah diffuser . penggunaan diffuser nih pn perlu jugak kdg2 supaya cahaya dari speedlite tuh lebih berkesan terhadap subjek <-- teori saya sendiri . haha . ;p

haaa tuh je laa yg ada pn . 
entry seterusnya akan berkisar mengenai cara2 yg slalu aku guna untuk dapatkan gmbar terbaek (bagi aku lahh terbaek tp bagi hampa aku tatau) hahaha .

mekasehh sbb sudi layan ~ ;)

with love ; nadzli.azlan