suka amek gambar :)

Orang Suka Gentel Gentel Afro

Thursday, September 15, 2011

Tips Landscape Photography from belajarkamera.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian… Korang semua apa khabar ? baik ? harus baik kann… 

Ok untuk entry kali ini saya akan bercerita berkenaan landscape photography. Satu cabang fotografi yang saya cukup gemari. Cuma kekangan masa tidak membenarkan saya untuk lebih banyak berjalan untuk meng-explore tempat-tempat yang cantik di bumi Malaysia ini…Seperti sebelum ini pernah saya sharekan berkenaan Tips-Tips untuk mengambil gambar bunga di SINI, kali ini tips ini ialah berkenaan bagaimana untuk mengambil gambar landskap dengan betul dan cantik… InsyaAllah…

 f22 , 15 sec , ISO 100 , On tripod 


Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu ialah setting kamera yang betul untuk gambar landskap. Untuk gambar landskap, adalah penting untuk korang dapat merakam seberapa banyak detail yang ada, tak kira dalam bentuk detail pada gambar atau detail pada exposure. Untuk memaksimumkan detail yang dirakam pada gambar, adalah penting untuk korang memgunakan bukaan aperture yang KECIL. Yup, kecil seperti f8 dan ke atas. Ini kerana, apabila menggunakan aperture yang kecil, kawasan yang akan berada di dalam fokus adalah lebih banyak. Atau lebih tepat lagi lebih luas DEPTH OF FIELD. Selain daripada setting untuk exposure, antara setting yang korang perlukan ialah MIRROR LOCK UP. Mirror Lock Up ini haruslah di ENABLE. Apa itu Mirror Lock Up ?.  Ianya ialah satu setting untuk mengurangkan gegaran dalam didalam kamera yang terhasil apabila cermin didalam kamera korang naik ke atas untuk membenarkan cahaya masuk mengenai sensor kamera korang. (try buka lensa korang dan korang akan nampak itu cermin lah… ). Apabila setting ini di ENABLE. Sejurus korang menekan shutter, viewfinder korang akan gelap, ini kerana cermin itu telah naik ke atas terlebih dahulu sebelum shutter korang terbuka untuk mendapatkan exposure .Kemudian, adalah baik untuk menggunakan mode self timer atau lebih baik korang gunakan remote control untuk mendapatkan exposure kerana ini dapat mengurangkan gegaran yang terhasil apabila korang meletakkan tangan pada kamera korang. Owhh… tak lupa juga, gunakan ISO yang paling rendah seperti 100 atau 50* (*sekiranya ada)Keduanya, peralatan. Selain dari kamera korang yang mahal dan canggih tu, peralatan yang boleh dikatakan wajib, harus, perlu, ada ialah TRIPOD. Kenapa? sekiranya korang faham berkenaan EXPOSURE, apabila bukaan aperture mengecil seperti yang yang cadangkan diatas, shutter speed korang akan menjadi perlahan, terutama sekali apabila suasana yang gelap seperti waktu malam atau senja. Jadi untuk mengelakkkan gambar korang bergegar bak terkena gempa macam di Jepun tempoh hari tripod ialah kawan baik korang sekiranya ingin menceburi landskap fotografi secara serius. Sekarang korang dah boleh untuk mengambil gambar landskap. Tapi bagaimana patut korang compose atau apakah teknik composition yang patut korang ikut ? Kini kita akan masuk kebahagian yang sedikit mencabar, iaitu bagaimana nak tukar gambar landskap yang membosankan kepada yang lebih menarik… Kebanyakan mereka yang baru berjinak dengan fotografi landskap, korang akan mempunyai kecenderungan untuk membahagikan frame korang kepada 2. Dan mereka juga mempunyai kecenderungan mengambil gambar ketika tiada pengcahayaan yang dramatik. Sebagai contoh gambar dibawah. Tiada yang salah dengan gambar dibawah cuma ianya akan menjadi sedikit membosankan lah… Langit  biru yang tidak menarik sebegini akan menyebabkan penonton merasakan tiada yang menarik dengan gambar ini. Inilah yang saya maksudkan dengan membahagikan frame kepada 2. Tapi bagaimana sekiranya korang meletakkan sedikit “interest” pada gambar korang seperti gambar dibawah. Untuk gambar ini, saya telah membahagikan frame kepada 3 bahagian. Dengan meletakkan “subject of interest” pada bahagian hadapan frame atau foreground ini akan membantu mereka yang melihat gambar ini lebih menghargai gambar ini kerana beberapa elemen yang telah dimasukkan kedalam gambar. Composition pada gambar ini adalah hampir sama dengan gambar yang pertama diatas. . Dan perhatikan bagaimana pengcahayaan yang lebih menarik dapat menaikkan mood pada gambar tersebut. Untuk gambar yang ketiga ini, saya mengambil bacaan exposure pada batu di foreground dan kemudiannya saya menggunakan graduated ND filter untuk mengelakkan langit daripada menjadi terlampau cerah. Korang boleh baca berkenaan filter di SINI Tidak lupa juga, antara perkara yang perlu korang ambil perhatian ketika mengambil gambar landskap ialah garisan lurus yang melintang pada frame korang iaitu garisan pembahagi antara darat dan bumi. Adalah sebaiknya ialah tidak senget benget. Ini akan membuatkan bumi kelihatan senget.  Okehhh… Sekian sahaja daripada saya untuk kali ini… Diharap entry ini dapat membantu korang dalam mengambil gambar landskap yang lebih berkualiti… 


entry ini telah dicopy paste daripada belajarkamera.com .
untuk maklumat lebih lanjut boleh layari web berkenaan yer .






anyway , terima kasih sebab sudi singgah .









assalamualaikum dan salam sejahtera .








with love ; nadzli.azlan

3 1003 orang gentel-gentel Rambut Afro:

Mr. Straw said... [Reply to comment]

hew hew..ajaran tak sesat kan??hekhekhek..

nuRaisha Azmi said... [Reply to comment]

dah pro sekarang~

nadzli azlan said... [Reply to comment]

tak sesat lah Mr Straw ! :) ahhaha , Aisha ; tak pro lg , jauh lagi menuju ke situ !