suka amek gambar :)

Orang Suka Gentel Gentel Afro

Wednesday, April 6, 2011

PERTANDINGAN FOTOGRAFI WAJAH-WAJAH 1MALAYSIA PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI !

Tajuk yg agak panjang berjela ! tp takpa lah baca suda . hahha . 
Haaa , harini cuma nk share ngn suma about pertandingan yg baru baru ni dianjurkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) .

pertandingan ini terbuka untuk semua pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia !
okee , untuk yg berminat , sila buka page INI .
ada borang skali kt sini untuk yg nk masuk pertandingan ni .
jangan lupa print borang ni kalo nk masuk oke .
oke now kita tgk plak apa syarat2 pertandingan .

SYARAT PERTANDINGAN:
1.            Pertandingan adalah TERBUKA kepada semua pelajar Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh      Malaysia.
2.            Penyertaan adalah PERCUMA.
3.            Foto yang diambil mestilah merupakan foto terkini, mempunyai mesej, nilai-nilai dan berunsurkan konsep dan semangat 1Malaysia dan menonjolkan keistimewaan konsep tersebut. Karya foto juga mestilah mengandungi sekurang-kurangnya salah satu daripada lapan (8) nilai 1Malaysia seperti berikut:

1.              Budaya Kecemerlangan
2.              Ketabahan
3.              Rendah Hati
4.              Penerimaan
5.              Kesetiaan
6.              Meritokrasi
7.              Integriti
8.              Pendidikan

9.            Interpretasi para peserta terhadap tema 1Malaysia adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar daripada tema asas. 
10.         Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital atau analog.
11.         Segala kos yang terlibat dalam  menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
12.         Semua foto pertandingan mestilah berukuran Super 8R (8” x 12”).
13.         Karya foto MESTILAH disimpan di dalam CD/DVD dengan menggunakan format jpeg dan DISERAHKAN bersama foto yang telah dicetak kepada pihak penganjur sebagai bukti penyertaan.
14.         Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan dan mendapat pengesahan dari pihak pengurusan universiti masing-masing.
15.         Segala maklumat semasa berkenaan pertandingan boleh didapati  di laman web  www.upnm.edu.my atau pergi ke Facebook dan taip "Wajah 1Malaysia"
16.         Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.
17.         Suntingan atau ubahsuai  minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanupulasi adalah tidak dibenarkan.
18.         Penggunaan ayat-ayat interpretasi untuk menggambarkan tema foto yang diambil adalah dibenarkan. Sebagai contoh, ”1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Penuh Integriti Pencapaian Diutamakan”, Adab Dan Sopan Mutiara Perpaduan”, 1Malaysia Payung Perpaduan Nusa, Hidup Sebumbung Aman Bersusila ” dan sebagainya.
1.            Setiap peserta boleh menghantar sebanyak 1 hingga 10  keping foto dalam setiap penyertaan tetapi hanya satu (1) hadiah sahaja boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut.
2.            Pihak penganjur mempunyai hak miliik ke atas foto pertandingan dan berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta. Foto-foto yang terpilih juga akan dibukukan.


KRITERIA PENGHAKIMAN
1.            Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.
2.            Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan.
3.            Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada ’tema’ dan ’kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah.
4.            Keputusan panel hakim adalah muktamad  dan tiada bantahan akan diterima.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1.            Semua penyertaan berserta borang yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke pejabat urusetia sebelum atau pada 30 JUN 2011.



HADIAH
1.            Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga, dan Lima (5) saguhati.
Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:
  • Johan                                      :Wang Tunai RM 4000.00
  • Naib Johan                              :Wang tunai  RM 3000.00
  • Tempat Ketiga                         :Wang tunai  RM 2000.00
  • Saguhati x 5 Pemenang          :Wang Tunai RM   500.00

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
1.            Keputusan akan diumumkan di laman web pertandingan, dan setiap pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.
2.            Penyampaian hadiah dan pertunjukan slideshow foto-foto penyertaan akan diadakan semasa majlis penyampaian yang akan diberitahu kemudian.

PERTANYAAN LANJUT
1.            Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung dengan urusetia pertandingan di talian: 03-90513018 / 019-6606280

ALAMAT PENYERTAAN
2.            Semua karya foto berserta borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserah atau dikirim kepada alamat seperti di bawah:

URUSETIA
PERTANDINGAN FOTOGRAFI  WAJAH-WAJAH 1MALAYSIA
Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Tingkat 1, Bangunan Canselori,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
(u.p En Rafizul Bin Rozlee)


dah baca ? oke oke , disebabkan aku masih lg student , dengan ini aku menyahut cabaran untuk masuk pertandingan nih . untuk smua2 tu , sila support saya :D
p/s ; thanx to my best friend sbb bgtau ada contest ni !



with love ; nadzli.azlan


14 1003 orang gentel-gentel Rambut Afro:

Tuan Hijau said... [Reply to comment]

ak nk join leh x.?tp ak guna camera guna film 2....hehehe cm best ja...

nadzli azlan said... [Reply to comment]

@angah

join ja , hahhaa . guna camera apa pon bole maa :D

saya bukan tomato said... [Reply to comment]

wahhh~u nak masuk ke darl ? !

cayokk ! :D

nadzli azlan said... [Reply to comment]

@saya bukan tomato

yes , i just wanna try . ;)

saya bukan tomato said... [Reply to comment]

@nadzli azlan good lah cmtu.. always spport u dear :)

nadzli azlan said... [Reply to comment]

@saya bukan tomato

thanx dear :D

saya bukan tomato said... [Reply to comment]

@nadzli azlan u r welkom .. :))

err saja nak bnyakkan komen . haha :P

nadzli azlan said... [Reply to comment]

@saya bukan tomato

hahahhha ! toekkk !

Cik Lyana ヅ said... [Reply to comment]

saguhati dya pun best dah. gudlux. insyaAllah boleh punya. :)

btw, baru click follow tat-sat. sorry.

nadzli azlan said... [Reply to comment]

@Cik Lyana ヅ

cik lyana thanx ! :)

Mera Zati said... [Reply to comment]

nak masuk jugaK!!!!!

@mel said... [Reply to comment]

ermmmm...

nak joint tp dah x sekolah dah mcm mna...

klu ada sesapa sudi jd pak sanggup boleh joint gak ka...

kui..kui..kui...

nadzli azlan said... [Reply to comment]

@mera zati M.z

tibaiii ! :D

nadzli azlan said... [Reply to comment]

@@mel

mulakan pencarian Pak Sanggup ! HAHAHA ! ;p